27 Januari 2018, Panji – Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim, Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Panji telah berlangsung dengan jayanya.

Program anjuran Unit Kerjaya Dan Perundingan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Seramai 30 orang pelajar KTD, 70 orang Anak Yatim Darul Aitam, 1 orang pensyarah KTD & 1 orang kaunselor KTD telah menyertai program tersebut.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membina hubungan silaturrahim pelajar bersama anak-anak yatim disamping menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mereka.

Melalui penganjuran program ini, dapat melahirkan mahasiswa yang mampu berkhidmat untuk anak-anak yatim yang merupakan sekelompok kumpulan dalam masyarakat, untuk mencapai moto KTD “Hidup biar boleh tumpang”.

Program yang dianjurkan ini juga merupakan sebuah platform untuk mahasiswa memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dalam bentuk tenaga, pengetahuan, kemahiran, sahsiah serta sokongan moral kepada mereka untuk menerukan kehidupan.

“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu kearah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari kiamat,malaikat-malaikat,kitab-kitab dan nabi-nabi,dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat,anak yatim,orang-orang miskin,orang yang dalam perjalanan,peminta-minta dan untuk memerdekakan hamba sahaya,yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat,orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan,penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah:177).
